Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Pengiktirafan antarabangsa Negara Palestin

Pada 14 Oktober 1974, PLO diiiktiraf dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatut sebagai wakil bagi penduduk Palestin dan diberikan hak untuk menyertai perbincangan Perhimpunan Agung terhadap soalan-soalan Palestin dalam mesyuarat penuh.[6][7]

Pada 22 November 1974, PLO diberikan status pemerhati bukan negara, membenarkan PLO menyertai semua sidang Perhimpunan, termasuk platform PBB yang lain.[8]

Pada 15 Disember 1988, Resolusi Perhimpunan Agung PBB 43/177 "mengakui" Pengisytiharan Kemerdekaan Palestin pada November 1988 dan menggantikan penggunaan nama "Pertubuhan Pembebasan Palestin" kepada "Palestin" dalam sistem PBB.[9]

Pada 23 September 2011, Presiden Mahmoud Abbas bagi pihak PLO menghantar permohonan kenaggotaan penuh Palestin ke dalam PBB. Pada 29 November 2012, Perhimpunan Agung PBB memberikan status negara pemerhati bukan anggota kepada Palestin dalam Resolusi Perhimpunan Agung PBB 67/19.

Pada 17 Disember 2012, Ketua Protokol PBB, Yeocheol Yoon memutuskan bahawa "penggunaan nama Negara Palestin boleh digunakan oleh Sekretariat dalam semua dokumen rasmi PBB".[10]

Rujukan

WikiPedia: Pengiktirafan antarabangsa Negara Palestin http://www.mfa.gov.al/dokumenta/diplomatic_list_20... http://www.casadesalta.gov.ar/eventos/arabes.html http://www.mrecic.gov.ar/portal/ver_adjunto.php?id... http://w2.neuquen.gov.ar/index.php?option=com_cont... http://w2.neuquen.gov.ar/index.php?option=com_cont... http://mfa.gov.az/files/file/Azerbaijan%20-%20Pale... http://www.mfa.ba/vanjska_politika_bih/bilateralni... http://www.mofa.gov.bh/Default.aspx?tabid=73&langu... http://www.itamaraty.gov.br/sala-de-imprensa/notas... http://www.embajadapalestina.cl/embajadores.html